SHARIFAH Shahirah. FOTO IG shieraijoy
SHARIFAH Shahirah. FOTO IG shieraijoy
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah mengakui teruja apabila berpeluang menyaksikan hujan batu di kediamannya di Taman Melawati, petang, hari ini.

Sharifah Shahirah, 46, atau mesra disapa Shiera berkata, sepanjang hidup itu adalah pengalaman pertama menyaksikan fenomena hujan batu serta berpeluang memegang beberapa ketulan ais.

FOTO IG shieraijoy
FOTO IG shieraijoy

"Saya terdengar bunyi yang kuat di luar malah ketika pembantu mengintai di luar rumah dia memberitahu ada salji. 

"Saya pun dengan rasa teruja terus keluar untuk melihat ketulan air yang cair dengan cepat.

"Namun mujurlah depan rumah saya ada rumput palsu jadi ais yang jatuh ambil masa untuk cair. Hampir 10 minit juga saya dapat lihat," katanya. 

FOTO IG shieraijoy
FOTO IG shieraijoy

Menurut Shiera, anak dan suami juga turut berpeluang melihat fenomena hujan batu namun anaknya terkejut hingga memberitahu dunia sudah hampir kiamat.

"Jadi saya terpaksa menerangkan sebab hujan batu ini terjadi kerana dia ingat dunia sudah hampir kiamat kerana tak pernah berdepan situasi itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 6:59 PM