Sehingga tahun ini, McDonald's Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah hampir RM12 juta kepada 14 negeri di seluruh Malaysia. - FOTO McDonald’s Malaysia
Sehingga tahun ini, McDonald's Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah hampir RM12 juta kepada 14 negeri di seluruh Malaysia. - FOTO McDonald’s Malaysia
Hanis Aliaa Hidzir

Sebagai rukun Islam ketiga, zakat wajib dibayar oleh setiap individu Muslim dan ia adalah satu bentuk sumbangan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan.

Secara am, zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Namun, masih ada yang mengambil ringan akan tanggungjawab melaksanakan zakat harta terutamanya zakat perniagaan.

Memahami tanggungjawab itu, McDonald's Malaysia tampil sebagai salah satu contoh syarikat yang melaksanakan tanggungjawab ini dengan tekun.

Diambil alih pada 2017, McDonald's Malaysia dimiliki sepenuhnya muslim menerusi Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza yang beroperasi di Arab Saudi.

Sejak itu, McDonald's Malaysia menjadikan pembayaran zakat sebagai sebahagian daripada komitmen kemasyarakatan mereka.

Setiap tahun, syarikat ini membayar zakat kepada agensi-agensi yang diiktiraf Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia.

Prestasi mengagumkan ini diiktiraf apabila McDonald's Malaysia menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP pada tahun 2019, dan daripada Lembaga Zakat Selangor pada tahun 2020.

Ia bukan saja satu bentuk penghormatan kepada sumbangan McDonald's Malaysia terhadap komuniti malah turut menyempurnakan Pensijilan Halal yang dimiliki mereka.

Santuni komuniti, masyarakat

McDonald's Malaysia menyumbangkan zakat korporat bagi tahun 2023 berjumlah RM100,000 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). - FOTO McDonald's Malaysia

McDonald's Malaysia komited untuk menjadi syarikat yang prihatin terhadap komuniti dan salah satu usahanya pada tahun 2023 ialah melaksanakan pembayaran zakat sebanyak RM2 juta kepada agensi pengurusan zakat yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri.

Pembayaran zakat tahun ini memberikan impak kepada golongan asnaf yang berada di bawah pusat-pusat agihan zakat di 14 negeri yang menerima zakat daripada McDonald's Malaysia.

Usaha ini bukan sahaja dilaksanakan kerana kewajipan sebagai perniagaan yang dikendalikan oleh orang beragama Islam tetapi juga didukung atas teras syarikat untuk membantu golongan yang memerlukan.


McDonald's Malaysia membuat pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf di Sabah. - FOTO McDonald's Malaysia

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata sebagai syarikat yang dimiliki orang Islam, McDonald's Malaysia menyedari kepentingan menunaikan kewajipan zakat untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

"Usaha ini bukan saja penting atas dasar tuntutan agama, tetapi hikmahnya adalah untuk kita berkongsi sedikit rezeki bagi meringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Ini adalah nilai utama yang diterapkan oleh McDonald's Malaysia.

"Dengan berkembangnya operasi McDonald's Malaysia di seluruh negara, kami juga berharap dapat terus menyantuni masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan termasuk pembayaran zakat," katanya.

Pembabitan McDonald's Malaysia dalam pembayaran zakat telah memberi impak positif kepada banyak golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, zakat perniagaan yang dibayar berjumlah hampir RM12 juta kepada 14 negeri di seluruh Malaysia sejak 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2023 @ 8:55 AM