HOTEL Four Points by Sheraton menawarkan makanan yangaz lazat kepada tetamu.SSS
HOTEL Four Points by Sheraton menawarkan makanan yangaz lazat kepada tetamu.SSS
Hafiz Ithnin


KEDUDUKANNYA yang strategik dengan beberapa lokasi tumpuan di ibu negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pusat bandaraya Kuala Lumpur dan pelbagai pusat beli-belah terkemuka menjadikannya tumpuan utama pelanggan korporat.

Terletak di Puchong, Selangor, Hotel Four Points by Sheraton antara yang mendapat perhatian dalam industri perhotelan tempatan kerana jenama antarabangsa bertaraf empat bintang itu mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Meskipun terkenal sebagai destinasi persinggahan untuk aktiviti pelanggan korporat di sekitarnya namun hotel berkenaan mempunyai tawaran menarik kepada pelanggan dalam segmen bercuti pada hujung minggu.

KEPELBAGAIAN jenis bilik menjadi pilihan kepada pengunjung. FOTO Amirudin Sahib
KEPELBAGAIAN jenis bilik menjadi pilihan kepada pengunjung. FOTO Amirudin Sahib

Kebiasaannya melancong atau bercuti pada hujung minggu membabitkan aktiviti bersantai yang ringkas seperti membeli-belah dan menginap di hotel yang mempunyai perkhidmatan terbaik.

Selain aktiviti seperti membeli-belah, mendapatkan rawatan spa atau memburu makanan terbaik berada dalam senarai aktiviti melancong pada hujung minggu, hotel juga memainkan peranan penting bagi menzahirkan pengalaman percutian yang sebenar.

Melihat kepada gaya percutian hujung minggu yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat tempatan, Hotel Four Points by Sheraton juga tidak mahu ketinggalan untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dalam kategori itu.

KEMUDAHAN gimnasium untuk pelanggan hotel yang diberikan secara percuma. FOTO Amirudin Sahib
KEMUDAHAN gimnasium untuk pelanggan hotel yang diberikan secara percuma. FOTO Amirudin Sahib

Penolong Pengarah Makanan dan Minuman Hotel Four Points by Sheraton, Johari Sahar berkata, hotel berkenaan mempunyai 249 bilik terdiri daripada kategori delux king, delux queen, delux corner king, delux corner queen dan executive suite dengan tawaran harga bermula RM160 semalam. Harga setiap bilik juga berbeza mengikut kategori.

Beliau berkata, Hotel Four Points by Sheraton mempu­nyai kemudahan yang sesuai untuk pelancong bujang atau berkeluarga bersandarkan pelbagai kemudahan disediakannya.

“Bagi mereka yang berkeluarga pastinya bilik besar menjadi pilihan mereka kerana boleh memuatkan seisi keluarga. Kami mempunyai pilihan bilik dengan pelbagai saiz dan harga yang ditawarkan juga berpatutan bagi jenama hotel antarabangsa.

“Selain itu, kami mempunyai kemudahan seperti kolam renang yang boleh digunakan pengunjung berkeluarga untuk mengisi waktu santai jika menginap di sini,” katanya.

DEWAN seminar yang selesa ditawarkan mengikut jumlah tetamu. FOTO Amirudin Sahib
DEWAN seminar yang selesa ditawarkan mengikut jumlah tetamu. FOTO Amirudin Sahib

Bagi pelancong bujang atau golongan muda, hotel itu itu menyediakan gimnasium bahkan mereka boleh meng­gunakan khidmat jurulatih yang tidak dikenakan caj untuk pelanggan.

“Hotel ini juga mempu­nyai lokasi yang strategik di Lembah Klang kerana di sekitar hotel sahaja terdapat taman rekreasi, taman tema terkenal dan pusat beli-belah terkemuka yang boleh dilawati dengan mudah menggunakan pengangkutan kerana jaringan jalan raya yang baik.

“Untuk golongan yang suka mengembara mencari makanan, kami juga menyediakan pelbagai hidangan menarik. Tambahan, pada Ramadan lalu kami mempunyai hampir 400 jenis makanan disediakan untuk pengunjung,” katanya.

JOHARI di hadapan Hotel Four Points by Sheraton. FOTO Amirudin Sahib
JOHARI di hadapan Hotel Four Points by Sheraton. FOTO Amirudin Sahib

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Jun 2019 @ 12:06 PM