DIANA DANIELLE
DIANA DANIELLE

Kuala Lumpur: Pelakon Diana Danielle terkilan dengan sikap segelintir pihak yang mempersoalkan jumlah duit raya yang diterima daripada orang lain.

Diana berkata, pemberian duit raya adalah satu bentuk sedekah dan bukan kewajipan untuk diberikan setiap kali menjelang Aidilfitri.

"Sekarang ini orang tak faham ke duit raya itu bukan wajib tetapi bentuk sedekah mengikut keikhlasan hati dan kemampuan seseorang.

"Seringgit atau seratus ringgit, nikmati sahajalah suasana perasaan ini. Hendak rasa berlagak dan hakimi sangat dah kenapa," katanya dalam aplikasi X baru-baru ini.

Menurut Diana, jumlah duit raya tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu isu sebaliknya diraikan dengan penuh rasa gembira.

"Sehingga ada yang kata 'kalau banyak ini, baik tak perlu bagi'. Apa, ingat nafkah ke?

"Bertenanglah, saya pun pernah dapat RM10 daripada pak cik saya dan ketika itu hati terasa berbunga-bunga.

"Faham tak berseronok? Ini kerja asyik tak puas hati sahaja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 1:16 PM