DIANA Danielle
DIANA Danielle

Kuala Lumpur: Pelakon, Diana Danielle mencuri perhatian apabila menulis ciapan berbentuk pertanyaan yang tentunya turut bermain di fikiran ramai orang.

Dalam ciapannya di Twitter itu, Diana bertanya sama ada adakah kita dibenarkan untuk menolak menghulurkan sedekah sekiranya timbul keraguan dalam hati.

"Nak tanya, kalau was-was, tak apakah kalau kita tolak untuk menghulurkan sedekah?" tulisnya.

Dalam ciapan sama, Diana turut berkongsi insiden di mana dia didatangi seorang peminta sedekah yang meminta RM50 daripadanya.

"Ada insiden lelaki ini tiba-tiba ketuk pintu kereta. Selepas itu, cerita laju dan panjang, selepas itu, minta RM50.

"Terkejut sebab dia minta jumlah spesifik dan hati rasa ragu-ragu. Sikit lagi ingatkan nak kena ragut dah," tulisnya.

Ciapan pelakon filem Magika itu mendapat persetujuan daripada ramai netizen yang tertanya-tanya akan soalan sama di samping beberapa pendapat.

"Sampai satu ketika, kita juga perlu memilih untuk bersedekah. Sekali ketuk cermin dapat RM50. Dapat dua orang bagi, cukuplah, dah RM100.

"Betul, menipu itu urusan dia dengan Allah. Tapi, cara kita itu menggalakkan mereka untuk buat lagi kerja mudah.

"Sebab itu banyak sindiket. Pemurah orang Malaysia ini," tulis satu netizen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2022 @ 4:42 PM