Aliff dan Ruhainies bergandingan dalam drama Terjerat
Aliff dan Ruhainies bergandingan dalam drama Terjerat

Kuala Lumpur: Ketiadaan pelakon Aliff Aziz ke sebutan pertama kes perceraian dengan isteri, Bella Astillah semalam mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ternyata alasan Aliff yang memaklumkan dirinya sedang menjalani penggambaran adalah benar apabila tular rakaman video memaparkan kelibatnya berada di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.

Lebih mengejutkan, video itu turut memperlihatkan pelakon Ruhainies yang turut hadir menghabiskan baki penggambaran drama bersiri Terjerat itu.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, kedua-dua pelakon itu dirakam sejam sebelum Bella hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi memfailkan perceraian.

"Nampak kelibat Ruhainies dan Aliff Aziz sedang menjalani penggambaran sejam sebelum Bella failkan permohonan cerai," katanya.

Dalam video yang dimuat naik, kedua-duanya kelihatan tenang dan profesional walaupun lokasi penggambarannya menjadi tumpuan orang ramai.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon itu yang begitu tenang.

Malah ramai juga pengguna akaun TikTok yang bertekad untuk memboikot drama itu.

"Bila dah keluar drama ni kat TV, marilah sama-sama kita boikot drama mereka. Terjerat judulnya.

"Boikot dua pelakon ni. Kalau boleh jangan tengok drama ni, penyondol tak layak dihargai.

"Geramnya tak rasa bersalah sikit pun," antara komen netizen.

Sejak minggu lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Sabtu lalu.

Semalam, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta untuk sebutan kali pertama berhubung permohonan perceraian yang difailkan terhadap Aliff, dua hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kelibat Aliff tidak kelihatan di mahkamah untuk sebutan kes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2024 @ 3:23 PM