Penyanyi, Neelofa. Foto Rohanis Shukri
Penyanyi, Neelofa. Foto Rohanis Shukri

Kuala Lumpur: Pengacara Neelofa, 34, memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan artikel yang menggunakan namanya untuk tujuan skim penipuan wang.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor meminta jangan sesekali menekan pautan yang disertakan dalam artikel itu kerana artikel terbabit pun palsu.

"Tolong siapa yang baca atau ternampak Instagram ditaja ini, dan baca berita kononnya tulisan The Star, ini semua adalah 'scam'. Tolong jangan tekan 'link' dalam artikel itu.

"Sebab, satu sudahlah temubual itu sepenuhnya mereka buat naratif sendiri. Dia nak cuba tipu orang Malaysia mungkin dengan kisah temubual yang sangat palsu. 'Link' itu adalah untuk curi duit kamu," katanya.

Neelofa menerusi sebuah hantaran turut dedahkan tangkap skrin artikel yang memanipulasi namanya itu. Dia berharap tiada yang akan tertipu dan terpedaya.

"Jangan terpedaya dengan kandungan artikel ini. Semuanya palsu. Ramai orang sudah tertipu sekarang dengan 'scammer-scammer' ini. Hati-hati.

"Ini adalah salah satu cari 'scammer' cari jalan untuk meyakinkan orang di luar sana kononnya saya buat duit melalui 'link' ini. Ini semua palsu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2024 @ 1:32 PM