Mawar Rashid
Mawar Rashid
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Mawar Rashid memilih berdiam diri apabila diminta mengulas mengenai dakwaan dia dan suaminya, Raf Yaakob bakal bercerai.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, ketika menjawab panggilan media tidak memberikan sebarang maklum balas dan mematikan telefon bimbitnya sebaik diajukan soalan.

Difahamkan Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

Isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia mengambil keputusan membuka tudung.

Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid melangsungkan pernikahan dengan Raf pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2023 @ 7:19 PM