Difahamkan, Mawar dan Raf sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.
Difahamkan, Mawar dan Raf sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: "Saya mohon maaf tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu ini," kata pelakon Mawar Rashid yang dikatakan bakal bercerai dengan suaminya, Raf Yaakob.

Mawar ketika dihubungi Harian Metro bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

"Doakan semoga semuanya dipermudahkan. Esok saya dan Raf akan mengeluarkan kenyataan," katanya ringkas.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

Isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia mengambil keputusan membuka tudung.

Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid melangsungkan pernikahan dengan Raf pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2023 @ 11:29 PM