Datuk Nora Ariffin dimasukkan ke ICU awal pagi kelmarin akibat sesak nafas.
Datuk Nora Ariffin dimasukkan ke ICU awal pagi kelmarin akibat sesak nafas.

Kuala Lumpur : Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, 50, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor, akibat sesak nafas, kelmarin.

Ia dimaklumkan suaminya, Dr Rushdi Ramli kepada penyanyi, Datuk Aishah yang kemudian memuat naiknya di Instagram.

"Nora masuk ICU Hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas daripada semua," tulisnya.

Difahamkan, Nora dimasukkan ke ICU berkenaan kelmarin.

Aishah yang memuat naik hantaran itu di Instagram memohon doa agar Nora yang dianggap seperti adiknya diberikan kesembuhan.

"Allahuakbar! Adikku Nora Ariffin. Mari kita panjatkan doa, semoga memperoleh kesembuhan," tulisnya.

Instagram Nora juga ditanda (tag) sahabatnya yang lain, yang turut mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

Difahamkan Nora dimasukkan ke hospital berkenaan beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas kira-kira jam 4 pagi kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2023 @ 7:54 AM