Eina Azman iaitu Kaiser Gurmeet Abdullah yang dijangkiti Covid-19 tahap empat sudah dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas 12 hari dirawat di hospital.
Eina Azman iaitu Kaiser Gurmeet Abdullah yang dijangkiti Covid-19 tahap empat sudah dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas 12 hari dirawat di hospital.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Suami pelakon, Datin Eina Azman iaitu Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah yang dijangkiti Covid-19 tahap empat sudah dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas 12 hari dirawat di hospital.

Eina menerusi hantaran di Instagram berkata, dia cukup berdebar sepanjang tempoh suaminya dirawat di hospital.

"Dia dijangkiti Covid-19 tahap empat. Paru-parunya sudah dijangkiti 30 peratus dengan paras oksigennya turun naik. Doktor pun ada maklumkan kalau dalam masa dua ke tiga hari oksigen tak okay, suami kena masuk Unit Rawatan Rapi (ICU)," tulisnya.

Menurutnya, ketika itu dia benar-benar berharap suaminya tidak dimasukkan ke ICU.

"Kalau boleh, saya memang tak nak suami dimasukkan ke ICU. Ya Allah, saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan pada ketika itu. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk," tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Eina turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan suaminya.

"Sekarang suami sudah pulang ke rumah. Mungkin juga daripada doa-dia anda yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah," tulisnya.

Terdahulu, Gurmeet berdepan detik sukar apabila paras oksigennya menurun sehingga dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Di Instagram, Eina memuat naik beberapa foto suaminya bersama anak-anak serta video rakaman detik anak-anak melepaskan rasa rindu kepada bapa mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 September 2021 @ 9:29 PM