SOPHIA Albarakbah. FOTO arkib NSTP
SOPHIA Albarakbah. FOTO arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Sophia Albarakbah tidak menganggap, kontroversi yang melanda namanya menjadi penyebab, sentiasa dipilih oleh penerbit dan pengarah untuk membintangi sesuatu naskhah.

Sophia, 30, berkata, mustahil untuk penerbit atau pengarah, mengambil risiko dan melabur kepada kontroversi artis semata-mata.

"Tawaran kerja yang saya dapat pun, bukan melalui kontroversi. Kalau saya sebagai penerbit atau pengarah, tak mungkin saya nak ambil pelakon semata-mata kerana kontroversi.

"Mesti saya nak naskhah terbitan atau arahan saya bagus. Jadi, mestilah saya akan pilih pelakon yang sesuai dengan watak itu dan bukan kerana kontroversi," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Sophia, dari sudut lain, ini adalah satu rezeki dan hikmah buatnya untuk terus menjadi individu yang sentiasa melakukan kebaikan dan ikhlas dalam bekerja.

"Saya rasa, dari sudut lain, selagi kita tak mengata orang begitu dan begini, kita ikhlas dengan kerja kita, Tuhan akan tolong. Tuhan takkan bebankan kita dengan bebanan yang kita tak boleh bawa.

"Mungkin itu adalah satu hikmah untuk kita bila kita buat benda baik dan tak buat jahat kepada orang lain," katanya.

Terbaharu, Sophia kini sedang menjalani penggambaran filem bergenre komedi seram, Saka Perawan arahan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2023 @ 3:01 PM