Nina Smith
Nina Smith
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Pelakon, Nina Smith, 24, yang dikecam hebat apabila tersilap mengatakan tidak yakin berwajah Melayu memohon maaf jika kenyataannya itu menyinggung segelintir pihak.

Nina yang berdarah kacukan Malaysia dan Amerika Syarikat berkata, sejak kecil lagi ramai pihak mempertikaikan kebenaran nama penuhnya, Amalina Smith kerana wajahnya tidak kelihatan seperti kebanyakan gadis kacukan yang lain.

"Dari umur saya tujuh tahun, masuk sekolah dan ketika buat pemeriksaan gigi, jururawat bertanya sama ada saya adalah Amalina Smith dan betul ke saya kacukan? Atau nama itu sengaja diletak. Namun, saya kurang faham ketika itu.

"Kemudian, selalu sangat soalan itu diajukan kepada saya. Jadi, kalau anda dah hidup selama 24 tahun dan soalan itu saja yang diberikan kepada anda, memang dalam kepala sering dibelenggu dengan salah faham itu.

"Sebelum orang cakap macam itu, saya dah cakap dulu 'saya tahu saya sedar yang muka saya tak macam mat saleh, saya lebih kepada wajah Melayu'. Saya tak cakap benda tidak baik," katanya.

Menerusi video penjelasan yang dikongsikan di TikTok, Nina turut memberitahu dia sangat berbangga dengan rupa parasnya, namun sering berdepan situasi berkaitan namanya itu.

"Saya sangat bangga dengan rupa paras saya. Alhamdulillah, banyak rezeki saya dapat dengan muka Melayu ini. Saya tak kisah muka saya macam mana tapi bila orang pertikaikan benda tu jadi sensitif sikit.

"Apabila ada yang mempersoalkan nama saya seolah-olah macam menidakkan. Ia seperti nak cakap ayah saya itu bukan ayah saya? Tapi itu masalah peribadi yang saya perlu hadap.

"Saya bukan tidak yakin sebab muka Melayu, bukan itu maksud saya. Mungkin jawapan saya dan menyinggung sesetengah pihak," katanya lagi.

Terdahulu, video Nina ditemubual ketika menghadiri uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 mengundang kecaman daripada daripada netizen.

Nina ketika sesi berkenaan mengatakan dirinya mempunyai darah kacukan Malaysia-Amerika, namun wajahnya lebih kelihatan Melayu menyebabkan dia berasa tidak yakin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2023 @ 2:10 PM