Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.
Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Kuala Lumpur : Nama usahawan kontroversi, Nur Sajat kembali mencuri perhatian apabila terdapat seorang pengguna platform X yang menasihati warga Malaysia beragama Islam supaya tidak menjadi penyokong golongan lesbian, gay, bisksual dan transeksual (LGBT) dengan mempromosikan kandungan yang dikongsikan Sajat.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit mendakwa Sajat pernah menghina agama Islam termasuk berpakaian wanita ketika menunaikan umrah. 

"Warga Malaysia beragama Islam, sudah-sudahlah jadi pengikut kepada golongan LGBT dengan mempromosikan video-video Sajat walau terhibur sekalipun. 

"Sajat ni terlalu banyak dah menghina agama Islam. Sedar ke tak? Paling hina pergi umrah berpakaian wanita.

"Bila rakyat Perancis hina Islam, bukan main lagi bersoladiriti. Tapi bila Sajat hina Islam, boleh buat pekak dan siap 'ulang siar' lagi sebab terhibur. Allahu Musta'an," tulisnya.

Tidak melenting dengan teguran yang dibuat, Sajat bagaimanapun mendoakan agar tiada keturunan individu itu yang terbabit dalam golongan LGBT.

"Aku tak pernah hina Islam, korang yang suka menghukum Sajat dengan mempergunakan Islam.

"Apa yang awak tulis ini, saya harap keturunan awak tak menjadi macam saya. Cakap jangan selalu pandang di atas, takut nanti awak di bawah tersadung kaki bila berjalan. Amin," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2023 @ 4:34 PM