Iman Troye (kanan). Datuk Seri Vida (kiri).
Iman Troye (kanan). Datuk Seri Vida (kiri).
Najiy Jefri

 

Shah Alam: "Saya tak rasa muka kami sama dan tak kisah bila ramai yang menyamakan wajah kami," kata penyanyi Iman Troye,20, mengenai rupa wajahnya yang dikatakan mirip usahawan popular, Datuk Seri Vida.

Iman berkata, dia sentiasa menyambut baik pendapat orang ramai walaupun wajah mereka berbeza.

"Memang saya perasan ramai yang kata muka saya dan dia sama. Kadang-kadang bila saya jumpa Datuk Vida, saya panggil dia mama kerana kami sudah macam anak beranak. 

"Kalau orang lain nampak sama itu terserah. Sebab mata orang berbeza-beza.

"Saya pun suka saja duduk dengan Vida sebab dia sangat baik. Saya pun panggil dia mama, jadi tiada masalah pun," katanya.

Ditanya bahagian wajah manakah yang dikatakan mempunyai iras dengan usahawan itu, Iman dengan nada bergurau memberitahu di bahagian bibir.

"Mungkin bibir buat kami nampak sama. Semoga mama Vida sihat selalu. Saya sayang mama dan jujurnya tak kisah pun orang samakan wajah kami. Kalau mama Vida comel, saya pun comel jugalah," katanya.

Dalam pada itu, Iman yang bertindak sebagai duta pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI meluahkan rasa teruja apabila ramai pelajar didikan pusat itu berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini. 

"Tugas saya di PTTI sebagai ikon dan duta, jadi saya banyak terbabit dengan siri jelajah yang dilakukan di sekitar negara. 

"Saya pernah berada di kerusi adik-adik yang menduduki SPM, jadi kehadiran saya untuk menghiburkan dan memberi semangat kepada mereka untuk belajar.

"Saya bersama abang MK K-Clique akan berkongsi banyak perkara bersama mereka. Jujurnya zaman saya dulu tiada PTTI, sekarang ini nak tuisyen pun semuanya mudah, ada atas talian saja. Jadi saya di sini sangat mengalu-alukan pelajar untuk menyertai PPTI kerana sudah terbukti ramai pelajar yang terbabit dapat 'straight As'," katanya.

Pagi tadi berlangsung Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records 'Most Straight A's SPM Student In Tuition Centre yang berlangsung di IDCC, di sini, pagi tadi.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 7:08 PM