Iman (dua dari kiri) bersama Cikgu Fana dan MK K-Clique (dua dari kanan) pada Majlis Raikan Syawal PTTI.
Iman (dua dari kiri) bersama Cikgu Fana dan MK K-Clique (dua dari kanan) pada Majlis Raikan Syawal PTTI.

Kuala Lumpur: Duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique gembira apabila dapat meraikan anak-anak yatim dan asnaf pada majlis sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata, penganjuran majlis itu sedikit sebanyak menceriakan hari-hari penghuni di Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia, Kajang, Selangor itu.

"Mereka (penghuni) mengakui jarang terbabit dengan majlis. Alhamdulillah, tahun ini PTTI membuat sesuatu yang istimewa dengan mengadakan majlis meraikan Syawal di rumah kebajikan terpilih ini. Tentu saja ia menggembiran adik-adik di sini sebab kelihatan keceriaan pada wajah masing-masing.

"Kehadiran kami bukan saja ingin meraikan mereka, tapi PTTI juga menghulurkan sumbangan RM15,000 bagi meringankan kekurangan dan beban ditanggung pertubuhan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa Cikgu Fana berkata, fokus utama PTTI adalah untuk membantu lebih ramai orang.

"Kami bukan saja membantu pelajar dalam menguasai pelajaran mereka, tapi keutamaan kami juga adalah ingin melihat lebih ramai anak bangsa kita berjaya. Sebab itu, di PTTI apa yang kita buat ini adalah bersifat menyeluruh.

"Selain menekankan aspek pembelajaran, kami tentunya ingin membantu lebih ramai orang yang kurang berkemampuan. Saya percaya, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain, insya-Allah," katanya.

Selain sumbangan, anak-anak yatim dan asnaf turut menerima duit raya dan pelbagai hadiah daripada PTTI. Termasuk diadakan sambutan Hari Guru juga.

Sehubungan iti, Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia mempunyai 75 orang penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak berumur setahun hingga 17 tahun berstatus anak yatim dan asnaf.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2023 @ 5:10 PM