Peminat Otaku pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk ke Anime Fest
Peminat Otaku pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk ke Anime Fest
Ain Syazlin Ramlan

PLATFORM penstriman Media Prima, Tonton menyediakan perkhidmatan terbaru dengan menyajikan program Anime yang popular.

Peminat Anime dan rancangan Jepun pasti teruja dengan adanya perkhidmatan langganan ini kerana mereka boleh menonton pelbagai siri anime seperti Tokyo Revengers, Haikyuu, Cells At Work, Avalanche, Hiru dan banyak lagi hanya di Tonton. 

Saluran Animax dan GEM akan bersiaran menerusi platform Tonton bermula 24 April 2023.

Animax merupakan saluran televisyen khusus yang menyiarkan kandungan anime berbahasa Jepun serta program anime yang dialih suara ke dalam bahasa Inggeris. 

GEM adalah saluran yang menyiarkan kandungan pelbagai genre termasuk drama dan rancangan hiburan variasi yang diperoleh khas dari Jepun.

Tonton di Anime Fest

Tonton juga akan menyertai acara Anime Fest yang bakal dijalankan pada 29 April hingga 1 Mei 2023 di Tropicana Gardens Mall.

Muat turun aplikasi Tonton di Apple Store dan Google Play sekarang jika anda inginkan kandungan yang lebih eksklusif dan premium, langgani TontonUp untuk hanya RM9.90 sebulan. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook atau ikuti mereka di Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2023 @ 6:48 PM