Nurshafika Suhaimi

BERMULA 13 September hingga 24 September, tonton Cinema menawarkan filem nostalgia buat tontonan anda seisi keluarga sempena Hari Malaysia.

Antara filem yang boleh ditebus melalui laman web tonton CINEMA ialah Ejen Ali, By My Side, Muhksin dan Talentime.

Image

Lebih menarik, kesemua filem ini boleh dibeli menerusi pakej 'movie bundle' serendah RM7.90 sahaja. 

Bagaimanapun, tawaran ini hanya terhad kepada 200 pembelian sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang anda!

Image

Untuk menikmati tawaran hebat ini, pembeli perlu membaca terma dan syarat sebelum 'mengaktifkan' pakej ini atau boleh ikuti enam langkah mudah berikut:

Langkah 1: Log masuk ke akaun tonton CINEMA anda dan beli Ejen Ali The Movie. Sekiranya belum mempunyai akaun tonton CINEMA, anda boleh mendaftar dengan mudah di sini.

Langkah 2: Setelah anda menerima e-mel untuk penebusan kod kupon, klik pada URL halaman arahan di dalam e-mel.

Langkah 3: Masukkan alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftar dengan tonton CINEMA, dan anda akan menerima tiga kod kupon

Langkah 4: Pilih filem yang ingin anda tonton (By My Side, Ejen Ali The Movie, Mukhsin, Talentime) dan klik RENT

Langkah 5: Salin dan tampal kod kupon dalam teks kod kupon, dan klik REDEEM

Langkah 6: Kini anda dapat menonton filem sesuka hati sebanyak 48 jam berikutnya melalui laman web tonton CINEMA atau aplikasi di App Store atau Google Play)

Filem yang dibeli atau ditebus melalui Kod Kupon hanya boleh ditonton dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian atau penebusan.Untuk maklumat lanjut, sila layari https://cinema.tonton.com.my/

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 8:59 AM