Shima Anuar.
Shima Anuar.
Georgie Joseph

 

Kuala Lumpur: Pelakon Shima Anuar, 32, yang kini hamil lima bulan anak ketiganya 'cuak' apabila mengalami hidung berdarah kerana tidak pernah berdepan masalah sama pada kehamilan sebelum ini.

Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar berkata dia bagaimanapun bersyukur kerana ramai yang mengatakan hal itu normal untuk ibu mengandung.

"Saya okay. Cuma pagi ini ada keluar darah lagi kat hidung. Saya rasa panas dalam kot. Nanti kalau teruk lagi kena periksa dengan doktor. Kerana ramai yang cakap ia normal kalau hamil hidung berdarah.

"Ini kali pertama saya kena macam ini. Dulu tak pernah pula. Itu yang terkejut sedikit. Yang lain semua okay. Cuma kehamilan kali ini saya punya 'morning sickness' teruk gila.

"Trimester pertama tempoh hari paling teruk sampai tak boleh bangun. Kalau bangun rasa nak pitam. Sekarang sudah okay sedikit. Setakat ini juga tak ada mengidam apa-apa," katanya.

Shima yang berkahwin dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha, 55, berkata mungkin masalah itu disebabkan faktor usia juga dan kena benar-benar perlu berehat lebih.

"Dulu kan kalau saya hamil, sudah sarat pun saya boleh panjat tangga pasang langsir. Sekarang jadi cepat sangat penat. Padahal bukan buat apa pun. Rasa penat dia itu lain macam.

"Sekarang saya sudah tak 'hyper' macam dulu. Mungkin sebab sudah tua sedikit kot. Alhamdulillah semua okay dan setiap kali pemeriksaan kandungan, segalanya baik-baik saja doktor cakap," katanya.

Pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu bagaimanapun hanya akan berkongsi jantina cahaya mata ketiganya itu bila tiba masanya nanti.

"Anak-anak saya awal-awal sudah 'request' nak 'baby boy'. Tapi saya suruh tunggu dan nanti saja saya akan beritahu mereka. Saya dijangka bersalin pada awal Ogos nanti," katanya.

Shima mendirikan rumah tangga dengan Mohd Solih pada 8 April 2017 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 4, dan Mikhael Imaan, 3.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2023 @ 11:44 AM