Tya Ariffin
Tya Ariffin
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pelakon dan usahawan Tya Ariffin mengakui turut panik melihat insiden suami kepada Uqasha Senrose iaitu Kamal Adli yang dipukul dengan cota di kepala.

Tya yang turut berada di lokasi menggigil dan memeluk sambil menenangkan Uqasha yang sedang menangis.

"Ya Allah sesungguhnya niat kami semua hanya mencari rezeki. Tapi apa daya ketika dugaan datang. Uqasha sabar okay sayang. Pertama kali dalam hidup Tya tengok langsung pun rasa gigil kaki.

"Keluar masuk tunggu ambulans, polis datang. Apatah lagi semestinya Uqasha, mesti perasaan hancur tengok suami sendiri. Saya memohon kepada semua untuk mendoakan kesembuhan Kamal," kata Tya.

Berkongsi foto keadaan panik selepas kejadian itu berlaku di laman Instagram miliknya, Tya memeluk erat dan mencuba untuk menenangkan Uqasha yang sedang menangis.

Sementara itu, Tya turut memuji Uqasha dan Kamal yang sentiasa beramah mesra bersama peminatnya sepanjang di acara itu.

"Kamal dan Uqasha orang baik, bekerja keras kalau dekat 'booth' mesti dari buka sampai tutup ada, ramah dengan semua orang. Berilah kesembuhan padanya Ya Allah.

"Untuk semua pula, jaga diri baik-baik. Tak tahu nak cakap apa lagi. Jaga diri. Jaga orang yang kita sayang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2023 @ 4:40 PM