Nad Zainal
Nad Zainal
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur : Pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan kadar kebergantungan pelakon, Nad Zainal, 32, terhadap mesin oksigen semakin berkurangan.

Ia sekali gus menyaksikan keadaan kesihatan Nad yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan di Ampang, di sini, lebih baik dari semalam.

Bagaimanapun, menurut Shahrulezad, doktor masih mahukan Nad ditidurkan selagi paru-parunya belum betul-betul kuat.

"Bila keadaan sesuai barulah doktor akan 'sedar'kan dia. Mungkin tidak lama lagi. Insya-Allah," katanya.

Menurutnya, dia juga lega apabila dimaklumkan organ penting Nad dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang.

"Jadi, khabar angin mengatakan buah pinggang Nad rosak akibat pengambilan ubat kurus adalah tidak benar. Masalah Nad sekarang ialah paru-parunya masih dalam proses penyembuhan. Apa yang dia perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman untuk terus berjuang dan kembali sihat.

"Selain dari itu, Nad juga perlukan doa daripada peminat semua. Saya percaya dia akan kembali sihat semula seperti biasa tidak lama lagi," katanya yang turut berterima kasih buat semua kakitangan hospital terutamanya barisan doktor dan jururawat yang merawat Nad.

Shahrulezad turut mengucapkan terima kasih buat pelakon, Ungku Ismail yang selalu mengemaskini keadaan Nad menerusi kumpulan WhatsApp mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2022 @ 10:06 PM