Deepika Padukone
Deepika Padukone
Agensi

Mumbai: Aktres jelita Bollywood, Deepika Padukone tidak pernah melupakan tragedi 'putus cinta' dialami dalam hidupnya walaupun kini bahagia bersama suami, pelakon Ranveer Singh, 37.

Deepika, 36, berkata wajah cantik dimiliki seseorang wanita bukan 'penyelamat' untuk terlepas daripada menjadi mangsa dicurangi kekasih dan gagal dalam percintaan.

"Saya pernah berasa sangat sedih apabila dicurangi oleh bekas kekasih suatu ketika dulu. Saya tidak tahu dia (bekas kekasih) mempunyai wanita lain dan berlaku curang di belakang saya.

"Dia mengaku cintakan saya ketika itu. Tapi, semuanya bohong. Kami akhirnya putus kerana perbuatan curangnya dan bagi saya, wajah cantik bukan penyelamat wanita untuk tidak disakiti dalam cinta," katanya pada temubual di sebuah program hiburan, baru-baru ini.Menurut Deepika, dia juga mengambil masa beberapa tahun untuk mengubat kelukaan hatinya yang dicurangi bekas kekasih. Jelasnya, tidak mudah untuk dia percayakan cinta sehingga bertemu suaminya, Ranveer."Selepas putus (cinta), saya lega dan gembira menjalani kehidupan tanpa kehadiran lelaki dalam hidup pada waktu itu. Bagi saya, lebih baik single (solo) daripada dibohongi lelaki dan sekurang-kurangnya hati tidak sakit," katanya.Deepika yang dikenali menerusi filem Om Shanti Om dan Love Aaj Kal bernikah dengan suaminya, Ranveer pada November 2018 selepas mendedahkan percintaan mereka pada 2017. Difahamkan pasangan ini sudah rapat sejak 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2022 @ 1:24 PM