RANVEER Singh dan Deepika Padukone. FOTO Instagram Deepika
RANVEER Singh dan Deepika Padukone. FOTO Instagram Deepika
Agensi

India: Pasangan selebriti popular Bollywood, Ranveer Singh, 39, dan Deepika Padukone, 39, berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata sulung pada September depan.

Pengumuman yang dibuat di akaun Instagram masing-masing itu, sekali gus menjawab segala gosip dan khabar angin yang mendakwa Deepika kini berbadan dua.

Menurut sumber, tempoh kehamilan Deepika pada ketika ini berada di trimester kedua.

PERKONGSIAN Deepika dan Ranveer mengenai kehamilan itu di Instagram mereka.
PERKONGSIAN Deepika dan Ranveer mengenai kehamilan itu di Instagram mereka.

Sebelum ini, penampilan Deepika di  acara British Academy Film Awards Ke-77 mengundang pertanyaan ramai apabila pelakon filem Bajirao Mastani itu dilihat menyembunyikan bahagian perut ketika mengenakan sari pada majlis itu.

Untuk rekod Ranveer dan Deepika berkahwin pada 14 November 2018 selepas hampir lima tahun bercinta sejak membintangi filem Goliyon Ki Raasleela - Ram Leela arahan Sanjay Leela Bhansali.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 2:57 PM