TANIA bakal membintangi filem Abang Long Fadil 3 yang bakal menjengah pawagam pada 8 September depan. FOTO Aziah Azmee
TANIA bakal membintangi filem Abang Long Fadil 3 yang bakal menjengah pawagam pada 8 September depan. FOTO Aziah Azmee
Najiy Jefri


WALAUPUN sudah menjengah usia 37 tahun, pelakon Tania Hudson mengaku belum memiliki teman lelaki sebagai peneman hidupnya.

Tania berkata, dia belum berjumpa dengan seseorang yang berjaya

menambat hatinya.

"Mesti orang pelik, kenapa saya masih 'single' sampai sekarang. Hakikatnya, benar saya masih 'single' macam lagu yang menjadi 'trending' dalam TikTok, Maybe My Soulmate Died (ketawa).

"Memang tiada sesiapa sekarang. Saya rasa masih belum dipertemukan dengan lelaki yang tepat dan ada minat sama dengan saya," katanya.

Walaupun tidak 'bertuah' seperti kakaknya yang juga pelakon jelita, Natasha Liana Hudson yang berkahwin baru-baru ini, Tania tetap percaya dengan takdir Ilahi.

"Saya percaya Allah tahu masa yang paling tepat untuk saya berkahwi

n. Tahun ini 37 tahun. Soal jodoh, saya memang sangat berhati-hati sebab perkahwinan adalah sesuatu yang serius. Tanggungjawab dan semua itu perlu hadir sama dalam hubungan suami isteri," katanya.

Ditanya adakah dia pernah merujuk perihal jodoh dengan kakaknya, Tania mengaku Natasha ada memberikan tips atau saranan mengenai jalan hidup setiap orang yang berbeza-beza.

"Tasha pun sedang belajar. Begitu juga sem

ua orang. Pengalaman mematangkan kita semua. Jadi, kalau nak cakap tentang tips, tiadalah.

"Saya rasa dia (Natasha) pun tahu saya pandai jaga dan bawa diri apa semua. Bagi saya, kadang-kadang, orang nasihat pun, kita sendiri yang mendepani kehidupan sendiri.

TANIA mengaku pelik apabila dirinya masih belum menemui jejaka yang tepat. FOTO Aziah Azmee
TANIA mengaku pelik apabila dirinya masih belum menemui jejaka yang tepat. FOTO Aziah Azmee

"Dahulu saya tak kisah sangat pasal jodoh. Bila nak masuk usia 40-an, ada juga terdetik (bila nak sampai jodoh). Tapi, saya masih berpegang dengan prinsip Allah lebih tahu segala-galanya.

"Allah tahu tapi kita sendiri kena usahalah. Jodoh bukan sesuatu yang datang begitu saja. Tapi entahlah, sebab Covid-19 lebih dua tahun, susah nak letakkan usaha bab jodoh sampai saya sekarang nak masuk '4 series' dah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tania bakal muncul dengan filem Abang Long Fadil 3 yang akan memulakan tayangan bermula 8 September depan.

"Selepas membintangi Abang Long Fadil 2, saya sekali lagi diberi peluang untuk mengembangkan bakat dalam sekuel ketiga ini.

"Saya berasa seronok apabila dapat bekerja dengan Syafiq Yusof selaku pengarah yang banyak mengajar saya mengenai teknik lakonan.

"Kalau nak dibandingkan dengan awal kemunculan dalam Abang Long Fadil 2, sekuel terbaharu ini saya lebih berani untuk mencabar diri dan berkarya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2022 @ 6:14 AM