Suki (kanan) memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Adibah Noor di Masjid Al Ansar Taman Keramat, di sini.
Suki (kanan) memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Adibah Noor di Masjid Al Ansar Taman Keramat, di sini.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "Saya tahu dia (Allahyarham Adibah Noor) sakit dan dia ada whatsapp saya. Saya ada bertanya apa yang berlaku dan dia beritahu menjalani pembedahan, kemoterapi dan sebagainya."

Demikian kata penyanyi Suki Low mengenai keadaan Adibah Noor sebelum meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di sini pada petang semalam.

Suki juga finalis program Gegar Vaganza musim kelapan (GV 8) berkata, dia tidak sempat melawat arwah.

"Saya ada tanya kalau diizinkan kami mahu melawat dan dia kata boleh apabila dia sudah okay nanti. Tapi saya tak sempat nak berjumpa. 

"Kakak (Adibah) seorang yang sangat membantu, disenangi walaupun dia nampak tegas tapi dia sangat lembut. Dia bagi saya galakan ketika di GV8. Saya masih ingat dia mengatakan walau apa pun yang juri katakan, awak jadi diri sendiri. 

"Saya tak pernah menyangka dia akan meninggalkan kami sebegitu. Dia yang mencadangkan nak buat projek untuk keluarga kami di GV8 sebab dia nak kami terus berhubung. Semuanya tidak akan sama lagi," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2022 @ 10:58 AM