Saudara mara dan kenalan yang mengunjungi kediaman keluarga Adibah dan beberapa petugas media di perkarangan rumah keluarga arwah.
Saudara mara dan kenalan yang mengunjungi kediaman keluarga Adibah dan beberapa petugas media di perkarangan rumah keluarga arwah.

Kuala Lumpur: Rumah penyanyi Allahyarham Adibah Noor, 52, yang terletak di Keramat Permai, di sini mula dikunjungi kaum keluarga dan jiran sejak jam 7 pagi lagi.

Harian Metro yang sempat menyapa seorang ahli keluarga berkata, mereka mula berkumpul sejak semalam sejurus menerima khabar duka itu.

"Kebanyakan keluarga sudah datang sejak semalam lagi. Pagi ini jiran tetangga pula datang menziarah dan bacaan yasin," katanya.

Beberapa petugas media juga sudah mula kelihatan namun tidak dibenarkan berada di dalam dan perkarangan rumah bagi menghormati permintaan keluarga yang mahukan privasi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat jam 9 pagi hari ini untuk dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sekitar jam 10:30 pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2022 @ 8:36 AM