JENAZAH Mohammad Farhan  dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. FOTO Muhd Asyraf Sawal
JENAZAH Mohammad Farhan dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


JENAZAH remaja yang meninggal dunia semasa bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia pada 28 Disember lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di Kuantan, 12.20 tengah malam tadi.

Majlis pengebumian Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid, 16, dihadiri rakan dan kaum keluarga termasuk ibunya Furhzanatul Natasha Mohd Sazali, 30-an, yang bekerja sebagai jururawat di Australia.

Terdahulu, jenazah dibawa pulang dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Brisbane dan terus dibawa ke Masjid Tok Sira, di sini, untuk disolatkan.

Media sebelum ini melaporkan Mohammad Farhan Fudhail meninggal dunia selepas terlanggar tiang semasa bermain papan selaju bersama rakannya.

Arwah difahamkan ke negara itu bersama beberapa ahli keluarga lain untuk bertemu ibu mereka yang bermastautin di sana sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 8:36 AM