FOTO NSTP
FOTO NSTP
Hasbi Sidek


BEKAS Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Hasnan Aziz meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 6 pagi tadi dipercayai kerana masalah jantung.

Jenazah kini berada di Masjid Bukit Aman, untuk dimandi dan disolatkan.

Pengebumian akan dijalankan selepas Solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 9:57 AM