Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Jenazah Komander (B) Mohd Sabri Baharon, 56, yang maut dalam nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang semalam dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) pada 11.40 pagi hari ini.

Jenazah dibawa menggunakan van jenazah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diiringi dua kenderaan lain.

Jenazah Mohd Sabri akan dibawa ke Masjif Khalid Al-Walid di Jalan Padang Tembak di sini untuk disolatkan.

Jenazah kemudiannya akan dibawa ke rumahnya di Taman Melati sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Batu Caves.

Kenderaan TLDM menunggu di HCTM untuk membawa jenazah Allahyarham Mohd Sabri pasgi hari ini. Foto Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Kenderaan TLDM menunggu di HCTM untuk membawa jenazah Allahyarham Mohd Sabri pasgi hari ini. Foto Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Semalam dilaporkan, Mohd Sabri yang juga jurulatih penerbangan dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41 meninggal dunia selepas helikopter dinaiki terbabit kemalangan di udara dengan sebuah lagi helikopter sebelum terhempas di Jalan Melawati, Ampang pada 11.30 pagi.

Kedua-dua helikopter jenis G2CA itu dipercayai dalam penerbangan latihan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

Berita berkaitan:

  • 'Saya cam tangan dan jam arwah adik' [METROTV]
  • [UPDATE]: Mangsa nahas helikopter dikenal pasti [METROTV]
  • Helikopter terhempas ketika ujian penerbangan [METROTV]
  • 2 maut helikopter terhempas [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 2:28 PM