WAKIL Kedutaan Perancis di Malaysia dan hal ehwal kebudayaan (dari kiri) Emaneulle Marchand, Manssouri, LasÈmillante and Dupic pada sidang media LFFF22, baru-baru ini.
WAKIL Kedutaan Perancis di Malaysia dan hal ehwal kebudayaan (dari kiri) Emaneulle Marchand, Manssouri, LasÈmillante and Dupic pada sidang media LFFF22, baru-baru ini.
Najiy Jefri


FESTIVAL filem dan kebudayaan luar negara sememangnya paling dinanti-nantikan oleh pencinta seni di negara ini.

Terbaharu, Le French Film Festival 2022 (LFFF22) mengumumkan kehadirannya yang akan menyajikan kehebatan seni dan budaya dari Perancis untuk peminatnya.

Menariknya lagi, LFFF22 akan memenuhi kehendak peminat di Malaysia dengan pelbagai pengalaman berkaitan budaya Perancis dan ia diteruskan dengan program lebih menarik.

Sejak dua tahun menyepi, LFFF22 ini akan menjangkau lebih puluhan ribu peminat dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Festival ini sesuai kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan berkeluarga dan kanak-kanak, peminat Perancis, penggemar filem dan penggemar makanan.

Edisi tahun ini dianjurkan oleh Alliance FranÁaise Malaysia di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta Kedutaan Perancis di Malaysia.

Kemunculan LFFF22 kali ini akan menayangkan 21 filem Perancis yang memenangi pelbagai anugerah. Penonton disajikan dengan filem menyentuh hati sehingga pelbagai adegan lucu akan ditayangkan di pawagam Golden Screen Cinema (GSC).

Selain itu, buat pertama kalinya, LFFF22 menyediakan program interaktif khas buat si cilik iaitu 'Le Petit Festival', di mana kanak-kanak dan orang dewasa boleh menikmati barisan filem yang menarik supaya mereka tidak terkecuali dalam festival ini.

Antara keistimewaan festival tahun ini termasuk tayangan filem dalam talian hasil kerjasama pertama kali dengan platform penstriman MUBI. Sebanyak 10 filem Perancis yang bertemakan 'Bewitching Outsiders' akan dipilih untuk tayangan dengan akses percubaan percuma selama 30 hari.

Menurut Duta Besar Perancis di Malaysia, Roland Galharague, LFFF22 adalah salah satu simbol paling kuat yang melambangkan hubungan kukuh yang dibina antara Perancis dan Malaysia sejak 1957.

Sementara itu, Pengarah Alliance FranÁaise Kuala Lumpur, Violaine Dupic berkata, Malaysia dan Perancis sentiasa mempunyai hubungan baik dari segi budaya.

LFFF22 akan menjangkau lebih puluhan ribu peminat dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.
LFFF22 akan menjangkau lebih puluhan ribu peminat dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

"Kami berbesar hati kerana dapat menganjurkan festival tahun ini dan memainkan peranan kami untuk menyumbang kepada dialog bersama rakyat Malaysia melalui kandungan budaya Perancis.

"Kami akan meraikan ulang tahun ke-20 festival ini dengan program inklusif dan praktikal dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk rakyat Malaysia dari semua peringkat umur,"katanya.

Penggemar festival boleh menantikan LFFF22 di bandar berdekatan pada tarikh yang ditetapkan iaitu Kuala Lumpur pada 9 Jun hingga 26 Jun depan, diikuti Pulau Pinang (30 Jun hingga 10 Julai), Johor Bahru (7 Julai hingga 10 Julai) dan Kota Kinabalu (14 Julai hingga 17 Julai).

Kepada yang berminat untuk mengikuti program LFFF22, tiket filem boleh didapati bermula 2 Jun depan di aplikasi GSC, www.gsc.com.my.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi, www.lefrenchfestival.com.my atau facebook.com/lefrenchfestivalmy.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2022 @ 6:18 AM