Kuala Lumpur: Penyanyi rap, Caprice berkongsi berita duka apabila isterinya pengsan dan terpaksa dirawat di hospital akibat tertekan dengan kecaman netizen. 

Caprice berkata, isterinya, Farra Inalis 'diserang' netizen kerana penampilannya yang dikatakan seksi. 

"Saya benar-benar salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Sejak berkahwin, isteri saya hilang privasinya dan dikecam kerana penampilan seksi. Mungkin tekanan itu menyebabkan isteri saya pengsan," katanya. 

Caprice dalam hantaran di Instagran  meminta netizen agar berhenti menghentam isterinya di media sosial.

"Jangan serang dia, serang saya sahaja. Saya yang berjihad, yang bina aplikasi untuk umah, berjuang untuk Jerusalem dan imam untuk masjid saya. 

"Kalau ada yang gagal, orang itu adalah saya. Letakkan semuanya atas bahu saya dan bukan keluarga saya," tulisnyaf yang disertakan dengan emoji sedih serta cinta.

Hantaran itu dikongsikan bersama video pendek menunjukkan Farra yang terbaring di katil hospital dan kelihatan tangan Caprice sedang menyentuh isterinya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Disember 2021 @ 1:44 PM