AERIL Zafril bersama Wawa Zainal dan anak keempat yang baru dilahirkan, hari ini.
AERIL Zafril bersama Wawa Zainal dan anak keempat yang baru dilahirkan, hari ini.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Wawa Zainal selamat melahirkan anak keempat awal pagi, hari ini.

Wawa berkata, kelahiran kali ini amat mencabar selain lebih menyakitkan daripada kelahiran sebelum ini. "Alhamdulillah, selamat melahirkan pagi tadi. Pukul 2 pagi menahan sakit tak sampai hati nak kejut Aeril.

"Tunggu la sampai 5 pagi, sampai-sampai hospital dah sembilan sentimeter (bukaan). Lain macam sakit dia walaupun anak keempat dah. Belum ada nama, ada cadangan ke?," katanya menerusi Instagram.

Dalam perkongsian itu, Wawa tidak menyatakan jantina bayi keempatnya itu.

Dalam masa sama, suami Wawa yang juga pelakon Aeril Zafrel mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan isterinya.

"Assalamualaikum anakku. Terima kasih semua atas doanya," katanya.

Dalam hantaran berbeza, Aeril turut berkongsi video dirinya dimarahi Wawa yang sedang menahan kesakitan.

"Waktu ini saya kena marah sebab puji dia. 'Sakit-sakit pun cantik'… salah ke puji macam tu," katanya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 November 2021 @ 6:19 PM