SITI Nurhaliza
SITI Nurhaliza
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira di Instagram selepas menerima Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA), hari ini.

Dalam hantarannya, Siti berkata, penganugerahan itu juga menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang perniagaan.

"Alhamdulillah, hari ini saya menerima BBEA. Anugerah Celebrity Entreprenuer Of The Year (Kecantikan & Kesihatan) ini disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar di Hotel Shangri La.

"Anugerah ini adalah penyuntik semangat saya untuk terus berusaha memberikan yang terbaik sama ada dalam bidang perniagaan dan juga hiburan," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Siti turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

"Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur BBEA di atas pemberian anugerah ini. Setinggi-tinggi tahniah juga buat tulang belakang saya terutama sekali suami dan keluarga tercinta serta peminat saya," tulisnya.

Hantaran itu turut dikongsikan bersama dua gambarnya ketika menerima anugerah di acara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 November 2021 @ 3:53 PM