WENTWORTH Miller
WENTWORTH Miller
Syafil Syazwan Jefri

Pelakon siri Prison Break, Wentworth Miller menerusi Instagram berkongsi mengenai dirinya yang disahkan menghidap autisme.

Dalam hantarannya, Miller, 49, menganggap keputusan diagnosis yang diterima genap setahun itu umpama satu 'hadiah' yang tidak dijangka dalam tempoh pandemik ini.

"Sama seperti orang lain, kehidupan dalam kuarantin menghilangkan banyak benda daripada hidup saya. "Namun, dalam situasi sekarang, saya bertemu dengan 'hadiah' yang saya tak pernah jangka. Musim luruh ini, genap setahun saya didiagnosis sebagai pesakit autisme berdasarkan diagnosis kendiri dan juga secara rasmi," tulisnya.

Menurutnya, dia tidak mampu mengubah apa-apa, sebaliknya kini lebih mengenali dirinya.

"Saya tak boleh ubah apa-apa. Dengan segera, menjadi pesakit Autism membuatkan saya lebih kenal diri saya dengan segala pencapaian saya," tulisnya.

Hantaran itu turut disertakan dengan gambar kosong berwarna putih tanpa imej yang terpapar.

Tinjauan Harian Metro di Instagramnya juga menyaksikan hanya ada dua hantaran yang dimuat naik Miller.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 1:06 PM