BRITNEY dan Asghari bercinta selama lima tahun sebelum ikat pertunangan. FOTO AGENSI
BRITNEY dan Asghari bercinta selama lima tahun sebelum ikat pertunangan. FOTO AGENSI
Agensi

Los Angeles: Bukan saja penyanyi Britney Spears, 39, yang gembira apabila bertunang dengan Sam Asghari, 27, malah bekas kekasih Sam iaitu pelakon Mayra Veronica turut melahirkan rasa gembira dengan pertunangan mereka.

Menerusi Hollywoodlife, Mayra memuji sikap Sam yang diakui lelaki hebat kerana seorang yang sangat memahami dan gemar memberi semangat.

Bintang filem Pledge This! dan Miami Snow ini mengakui Britney berhak untuk mendapatkan kebahagiaan selepas pelbagai episod sedih terutama membabitkan bapanya.

"Selepas apa yang dilalui Britney, dia berhak untuk dapat kebahagiaan," kata Mayra.

Hubungan Mayra dan Sam berlangsung pada 2015, namun tidak bertahan lama dan mereka membawa haluan masing-masing.

Sam seterusnya bercinta dengan Britney selama lima tahun sebelum memutuskan untuk bertunang pada 13 September lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 11:46 AM