PEMINAT dan penyokong Britney Spears berkumpul di luar Mahkamah Tinggi Los Angeles semasa perbicaraan kes konservatori Britney Spears  pada 23 Jun 2021. FOTO AFP
PEMINAT dan penyokong Britney Spears berkumpul di luar Mahkamah Tinggi Los Angeles semasa perbicaraan kes konservatori Britney Spears pada 23 Jun 2021. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Mahkamah di Los Angeles menolak permohonan selebriti, Britney Spears untuk mengenepikan bapanya daripada pengaturan penjagaan yang memberinya kawalan terhadap urusan Britney, lapor media Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Keputusan itu dibuat seminggu selepas penyanyi itu membuat pengakuan tidak sabar untuk mengakhiri konservatori tidak adil di mana dia mendakwa diberi ubat untuk mengawal tingkah lakunya, dilarang membuat keputusan mengenai persahabatan atau kewangan, dan dicegah dari membuang implan kontraseptif, walaupun mahukan lebih banyak anak.

Keputusan Mahkamah Tinggi Los Angeles yang dibuat pada Rabu adalah berkaitan dengan permintaan yang diajukan pada September oleh peguam Britney untuk menambahkan firma pengurusan kekayaan Bessemer Trust ke konservatori dan menyingkir ayahnya Jamie Spears, lapor CNN.

"Permintaan konservator untuk menyingkirkan James P Spears serta-merta selepas pelantikan Bessemer Trust Company of California sebagai konservator tunggal harta tanah ditolak tanpa prejudis," kata Hakim Brenda Penny dalam pengadilan yang dilihat oleh CNN.

Keputusan itu tidak mempertimbangkan kenyataan Britney pada minggu lalu.

James telah meminta mahkamah untuk menyiasat dakwaan penyanyi berkenaan yang menyatakan dia diberi ubat mengandungi lithium dan dipaksa membuat persembahan di luar keinginannya, lapor CNN.

Pendedahan mengenai dakwaan Britney dihalang membuang implan IUD mencetuskan kemarahan peminatnya dan kumpulan hak reproduksi dalam talian.

"Saya mahukan kehidupan saya semula. Sudah 13 tahun berlalu dan cukuplah setakat ini," kata Britney dalam satu kenyataan.

Pengurusan kewangan dan kehidupan peribadi bintang berusia 39 tahun itu banyak dikendalikan oleh Jamie Spears sejak berlakunya masalah yang menyebabkan kejatuhannya sedekad lalu.

Sebahagian peminatnya melancarkan kempen 'FreeBritney' beberapa tahun kebelakangan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 9:45 PM