CIK B dan Datuk Seri Vida.
CIK B dan Datuk Seri Vida.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Cik B mencuri perhatian netizen apabila menulis ciapan ringkas di Twitter dan memuat naik tangkap layar laporan berita mengenai ibunya, Datuk Seri Vida yang dikhabarkan akan berkahwin pada Disember ini.

Dalam ciapannya itu, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin menulis ringkas kononnya dia pura-pura terkejut mengenainya.

"Pura-pura terkejut dan tak tahu," tulisnya ringkas.

Ciapan itu sekali gus menuai komen daripada netizen yang memberikan pelbagai reaksi memandangkan dalam laporan berita itu tertulis bahawa Vida belum berani untuk memberitahu Cik B mengenai perkahwinannya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kepastian dan kenyataan daripada Cik B tidak berjaya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan bahawa Vida ingin mencari jodoh yang setaraf dengannya.

Difahamkan, Vida bakal mendirikan rumah tangga dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 September 2021 @ 5:54 PM