SARIMAH (kanan) bersama Elly Mazlein di program Gegar Vaganza, malam tadi.
SARIMAH (kanan) bersama Elly Mazlein di program Gegar Vaganza, malam tadi.
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon, penyanyi dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi kegembiraan dan rasa rindunya terhadap bidang pengacaraan selepas muncul dalam program Gegar Vaganza 9 (GV9) dan Vazz Vaganza, malam tadi.

Menerusi ciapan di Twitter, Sarimah mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya.

"Saya sangat gembira! Saya tak sangka, saya sangat rindukan dunia pengacaraan. Terima kasih kepada anda yang terus menyokong!" tulisnya.

Ciapan itu juga turut disertakan dengan tanda pagar #kinikautiada serta emoji hati.

Di pelbagai platform media sosial, nama Sarimah terus menjadi sebutan sekali gus kehadirannya muncul mempersembahkan lagu Kini Kau Tiada bersama pengacara GV9, Elly Mazlein mendapat reaksi positif daripada penonton.

"Come back yang dirindui," tulis seorang netizen.

"Teringat masa kecil dulu, selalu tengok Sarimah Ibrahim di ntv7 setiap pagi Sabtu dan Ahad," tulis seorang lagi netizen.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2022 @ 12:24 PM