Cik B bersama ibu tersayang, Vida.
Cik B bersama ibu tersayang, Vida.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: "Rasa 'cringe' (geli),".

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Cik B ringkas dalam video sebagai reaksi kepada luahan bakal suami Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli.

"Bila masa saya anak dia? Macam itulah. Saya rasa macam 'Eeee'," kata Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamileen Mohd Amin sambil menghempas meja.

Video pendek itu dimuat naik oleh Vida di Instagram Story yang memaparkan bagaimana anak sulungnya itu masih lagi protes dengan perancangannya untuk berumah tangga.

Terdahulu, Vida memuat naik video romantisnya bersama Iqbal dan di dalam video itu, Iqbal meluahkan janjinya untuk menjaga kedua-dua anak Vida.

"Saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak," katanya kepada Vida.

Terdahulu, heboh di media sosial dan portal berita mengenai perancangan perkahwinan Vida dan Iqbal yang mencuri perhatian ramai.

Lebih mencuri perhatian adalah apabila Cik B beberapa kali mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan perancangan dibuat ibunya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 September 2021 @ 7:18 PM