Foto Ririe dan Ayus menonton bersama anak-anak.
Foto Ririe dan Ayus menonton bersama anak-anak.
Agensi

Jakarta: Kisah hubungan sulit dua anggota Sabyan Gambus iaitu Ayus dan Nissa Sabyan hingga kini masih jadi tanda tanya kerana masing-masing belum membuka mulut memberi penjelasan.

    Bagaimanapun, rentetan dari kemelut itu menyebabkan rumah tangga Ayus dan bekas isterinya, Ririe Fairus berakhir dengan perceraian pada 24 Mac lalu.  

    Namun, meski sudah berpisah mereka masih menjalin hubungan baik demi anak-anak. Terbaharu, Ririe menerusi hantarannya di Instagram Story memaparkan foto kegembiraan mereka ketika melayani anak-anak.

   Menerusi hantaran itu, Ririe turut menjawab pertanyaan warganet yang memuji tindakannya kerana masih menjalin hubungan baik dengan bekas suami.

   Ririe berkata, hubungan mereka perlu baik demi pembesaran dua cahaya mata, Sabian Ibni Sakhy dan Sabian Ben Zidane dengan mendapat kasih sayang penuh ibu bapa.

   "Alhamdulillah, kami harus baik kerana anak-anak. Mereka tidak boleh kehilangan kasih sayang dari orang tuanya walaupun sudah berpisah," katanya.

   Terdahulu, ketika ditemui pada sidang media perceraiannya dengan Ayus, Ririe berkata penceraian itu tidak akan menjadikan hubungan mereka sebagai ibu bapa renggang.

   "Selain bertanggungjawab atas kasih sayang dan perkembangan pembesaran anak-anak, Ayus tetap perlu memberikan nafkah untuk mereka.

   "Kita berpisah secara baik, jadi tidak perlu fikirkan masalah lain. Alhamdulillah, soal nafkah dan urusan-urusan lain buat masa ini semua berjalan dengan baik," katanya. 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 11:15 AM