Nissa Sabyan
Nissa Sabyan
Agensi

 

Jakarta: Pasangan selebriti Ayus Sabyan dan Nissa Sabyan hadir bersama pada majlis resepsi perkahwinan Ria Ricis dan Teuku Ryan yang berlangsung di Hotel InterContinental, Jakarta Selatan.

Bagaimanapun mereka bukan hadir berdua sebaliknya turut disertai pengurus kumpulan terbabit, Kamal.

Sebaik keluar meninggalkan majlis itu, pasangan berkenaan dilihat menjauhkan diri daripada pihak media, namun sempat mendoakan agar rumah tangga Ria Ricis dan Teuku Ryan diberkati Allah. 

Dalam masa sama, bekas isteri Ayus iaitu Ririe Fairus turut diundang ke majlis perkahwinan terbabit. 

Ia menimbulkan persoalan apakah mereka akan bertembung ketika majis itu berlangsung.

Persoalan itu terjawab apabila mereka hadir pada waktu yang berbeza sekaligus menjadikan majlis itu berjalan lancar tanpa masalah. 

Terdahulu, nama Ayus dan Nissa menjadi perbualan hangat apabila Nissa dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Ririe Fairuz dan Ayus yang kini sudah bercerai. 

Malah Ayus membuat permohonan maaf susulan kontroversi dia curang terhadap isterinya apabila menjalin hubungan sulit penyanyi kumpulan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 November 2021 @ 12:56 PM