Emma dan suami. FOTO Instagram
Emma dan suami. FOTO Instagram
Wartawan Harian Metro

Kuala Lumpur: Pelakon, Emma Maembong selamat bersalin anak lelaki, baru-baru ini.

Difahamkan, Emma dan suami, Muhammad Shazli Azhar sudah mengadakan majlis doa selamat dan aqiqah bayi mereka.

Namun, baik Emma, suami atau pun adik beradik Emma tidak berkongsi mengenai perkara itu di laman sosial masing-masing.

Hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram Emma hanya berkaitan majlis mengumumkan jantina bayi mereka yang boleh ditonton di saluran YouTube Emma Maembong.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan komen dan butiran lanjut mengenai berita gembira itu gagal apabila mesej yang dihantar tidak dibalas.

Apa pun, Harian Metro mendoakan semoga Emma dan bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan sihat. Selamat berpantang Emma!

Emma dan suami selamat bernikah pada 20 Februari lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 7:20 PM