MK K Clique di studio NSTP, Balai Berita. FOTO Eizairi Shamsudin
MK K Clique di studio NSTP, Balai Berita. FOTO Eizairi Shamsudin
Najiy Jefri

 

PENYANYI rap, MK (K-Clique) meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir warganet yang bertindak meninggalkan komen keterlaluan di media sosial.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin berkata, jika tidak ada perkara baik yang ingin dikongsikan, sebaiknya pengguna media sosial mendiamkan diri.

"Hari ini aku bangun dengan perasaan yang kecewa dan kesal dengan sesetengah perangai manusia yang suka melontarkan komen yang langsung tidak memikirkan perasaan orang lain.

"Kalau tiada benda baik nak cakap, diam," katanya.

Menerusi status sama di Instagram, MK berkata, sebagai individu seharusnya menjaga adab ketika berkomunikasi dengan orang lain.

"Kalau ada teguran, hadap terus ke tuan badan. Kalau ada pendapat, lontarkan.

"Bergurau? Biarlah bertempat. Kita semua manusia, semua ada perasaan.

"Kalau aku yang kena aku mungkin okay, memang okay, tapi tolong fikir orang lain. Peace, love," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 4:07 PM