HAEL Husaini (kanan) dan Ezra Kong (kiri). FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
HAEL Husaini (kanan) dan Ezra Kong (kiri). FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Sudirman Mohd Tahir


KOMPOSER Ezra Kong menafikan dakwaan dia tidak lagi sehaluan dengan penyanyi dan komposer, Hael Husaini.

Ia susulan beberapa lagu yang dilancarkan beberapa artis baru-baru ini tidak membabitkan kerjasama mereka.

Antaranya lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali hasil ciptaan Hael Husaini, AEWO (Shiha Zikir feat Noki) ciptaan Ezra Kong, Gila (Kaka Azraff, Noki dan Loca B) ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong dan yang terbaharu single Bujang nyanyian Hael Husaini hasil ciptaan penyanyi itu dan MFMF.

Ezra berkata, ada beberapa lagu ciptaan mereka belum dilancarkan.

"Kami masih bekerjasama cuma lagu tak dilancarkan lagi. Apabila sampai masa sesuai barulah akan dilancarkan. Hael juga mendapat 'sound' yang segar daripada penerbit lain. Jadi, dia boleh teruskan dan berevolusi dalam industri muzik ini.

"Kalau ditanya kami sedang bermasalah atau wujud sebarang isu, bagi saya tak kerana kami okay saja. Saya kini masih dan sedang terbitkan lagu yang ditulis bersama Hael. Saya tak pernah tak okay dengan Hael," katanya kepada Harian Metro.

zra dan Hael pernah bekerjasama menerusi lagu Jampi, Hajat, Haram, Anta Permana, Canggung dan Belenggu Rindu.

Dalam masa sama, Ezra berkata, dia juga turut bekerjasama dengan beberapa penulis lain.

"Ada ramai juga penulis yang bekerjasama dengan saya. Cuma, lagu bersama Hael masih dalam proses penerbitan. Kalau dia putuskan untuk lancarkan lagu itu, mungkin awal tahun depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 3:13 PM