ANTARA mesej berbaur gangguan seksual diterima Rita.
ANTARA mesej berbaur gangguan seksual diterima Rita.
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON Rita Rudaini mendedahkan ada menerima mesej berbaur gangguan seksual daripada individu tidak dikenali di Instagram.

Menurut Rita, 43, individu itu mengganggunya sejak beberapa tahun lalu.

“Ada mesej saya terima daripada akaun palsu dan ada juga akaun asli dan punya pemilik. Salah satunya akaun yang saya kongsi ini. Bagi saya ia keterlaluan,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah pelakon filem Mami Jarum Junior itu lagi, sebelum ini dia sudah menyekat akaun itu namun individu terbabit masih lagi menganggunya dengan menggunakan akaun Instagram berbeza.

“Saya sudah sekat akaunnya namun individu ini buka akaun baru dan masih lagi mengganggu saya dengan mesej-mesej berbaur seksual.

“Sekiranya dia masih lagi mengganggu, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya.

Sebagai pengajaran kepada individu yang menggunakan nama akaun Instagram @macdier_07, Rita meminta kelab peminatnya untuk memuat naik foto dan ‘screenshot’ mesej-mesej yang dihantar lelaki itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 7:42 PM