RANVEER Singh.
RANVEER Singh.
Najiy Jefri

Selepas mendirikan rumah tangga dengan Deepika Padukone, Ranveer Singh masih digilai ramai peminat Bollywood.

Ranveer, 32, berkata, bagi memastikan impak kerjayanya terus bersinar, dia amat menitikberatkan kualiti dalam setiap buah tangan yang dilakonkan.

“Dalam setiap filem, saya cuba bawa kelainan kepada penonton. Bagi saya, menukar karakter daripada watak sendiri memberi kepuasan tersendiri.

“Saya mahu penonton melihat sesuatu yang luar biasa. Ini kerana sudah tentu penonton mengharapkan kelainan dalam setiap naskhah yang dibintangi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Disember 2018 @ 10:32 AM