Tajul Ariff masih belum bernikah dengan kekasihnya. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Tajul Ariff masih belum bernikah dengan kekasihnya. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Rudy Imran Shamsudin


PENYANYI kian mencipta nama, Tajul Ariff sekali lagi menegaskan dia dan teman wanitanya, Nurul Syamieza Eddie belum berkahwin.

Mereka juga mengatakan tiada perancangan bernikah dalam waktu terdekat.

Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 20 menjelaskannya selepas didesak media berhubung kenyataan dimuat naik kekasihnya menyatakan dia adalah isteri (wife) kepada Tajul.

Tajul, adik kepada Allahyarham Achik Spin dilihat bermain tarik tali membabitkan kenyataan dibuat hingga menimbulkan keraguan terhadap status dirinya sebelum ini.

Malah, dia mahupun kekasihnya itu belum terfikir ke arah itu.

“Tidak ada perancangan pernikahan tahun ini mahupun tahun depan. Rasanya lambat lagi kami hendak bernikah kerana mahu fokus kepada kerjaya,” katanya.

Menjelaskan gambar berpakaian pengantin digayakan mereka, kata Tajul apa dilakukan itu bertujuan membantu promosi butik pengantin milik rakan mereka.

“Saya tidak sangka pula promosi butik pengantin dilakukan itu viral hingga timbul salah faham mengatakan kami bersanding dan sudah bernikah.

“Ada mengatakan kami sedang mengacu baju pengantin untuk majlis pernikahan kami. Perkara didakwa itu tidak berlaku pun,” katanya.

Tajul mengakui sudah lama mengenali teman wanitanya itu sejak zaman sekolah menengah menerusi Facebook dan masih setia dengan kekasih hatinya itu dari dulu hingga sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 3:02 PM