SEARCH pamer persembahan mantap.
SEARCH pamer persembahan mantap.
SEARCH kini dianggotai (dari kiri) Kid, Amy, Din dan Nasir.
SEARCH kini dianggotai (dari kiri) Kid, Amy, Din dan Nasir.
AMY pamer keunggulan sebagai vokalis Search.
AMY pamer keunggulan sebagai vokalis Search.
AMY pamer keunggulan sebagai vokalis Search.
AMY pamer keunggulan sebagai vokalis Search.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Kumpulan rock legenda tanah air, Search membuktikan mereka masih ‘raja’ dalam muzik rock tempatan apabila lebih 5,000 penonton teruja dengan persembahan mereka dalam Konsert Matrix Aidilfitri Festival di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Ia juga menyaksikan ‘kembalinya’ Search ke Negeri Sembilan selepas sekian lama tidak mengadakan konsert di negeri itu.

Turut mencuri tumpuan dalam konsert anjuran syarikat pemaju hartanah, Matrix Concept Holding Berhad (MCHB) itu ialah dua kumpulan rock popular iaitu Spider dan Hujan.

Search yang kini dianggotai Amy (penyanyi), Nasir (bass), Din (gitar) dan Kid (gitar) serta dibantu pemuzik undangan iaitu Firdaus (keyboard) dan Pa’e (dram) memulakan persembahan dengan lagu Pelesit Kota.

Lagu kedua mereka iaitu Pembakar Perasaan sememangnya cukup menarik. Ini kerana lagu daripada album kedua, Mentari Merah Di Ufuk Timur pada 1987 itu sudah terlalu tidak dimainkan dalam konsert.

Search turut memukau penonton dengan lagu popular mereka seperti Paranoid, Isabella, No Way, Isi Atau Kulit, Fantasia Bulan Madu dan Pawana. Mereka turut membawakan lagu baru daripada album terbaru iaitu Henjut dan Gagalista.

Terdahulu, dalam konsert diacarakan Datuk AC Mizal bermula jam 9 malam itu, Hujan dan Spider memulakan persembahan dengan rangkaian lagu popular mereka.

Hujan diberi tanggungjawab membuat persembahan awal menerusi lagu-lagu popular mereka dan penonton turut sama menyanyi sebagai tanda sokongan.

Spider yang juga juara Anugarah Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk turut hebat dengan persembahan mereka antaranya lagu Aladin dan Laukku Cukup Masin.

Pengerusi MCHB, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, konsert diadakan bersempena ulang tahun ke-21 syarikat itu yang lima tahun tersenarai di Bursa Malaysia.

“Program ini penghargaan buat penduduk dan ia bertujuan membina jalinan mesra bersama komuniti. Kami memilih Search dan Spider kerana dua kumpulan ini legenda rock tanah air, manakala Hujan inspirasi anak muda,” katanya ditemui pada konsert berkenaan.

Beliau berkata, tiga kumpulan terbabit memiliki ramai peminat malah genre muzik rock tidak lapuk ditelan zaman dan sentiasa dinyanyikan.

“Kita tahu muzik rock mendapat sokongan peminat dan seleksi lagunya sentiasa segar. Selain konsert, kita mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri MCHB di sebelah siang yang turut diselitkan aktiviti sukan,” katanya,

Menurutnya, pihaknya memperuntukkan RM1 juta bagi mengadakan sambutan Aidilfitri, sukan lasak dan persembahan artis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 12:49 PM