Shaheizy Sam dan Syatila Melvin. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Shaheizy Sam dan Syatila Melvin. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Michelle Gun


PASANGAN selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin belum mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata kedua.

Shaheizy, 35, berkata, ia disebabkan isterinya bersalin secara pembedahan ketika melahirkan anak sulung mereka, Syeriv Samheizy, Mei tahun lalu.

"Doktor menasihatkan supaya isteri diberi tempoh dua tahun untuk rehat. Kami serahkan rezeki anak kepada Allah," katanya di Wangsa Maju, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shaheizy memberitahu dia baru selesai menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 yang dijalankan selama 15 bulan.

"Buat masa ini, saya mahu berehat dari berlakon dan beri tumpuan terhadap keluarga serta perniagaan koleksi baju Melayu sempena Aidilfitri yang tiba tidak lama lagi," katanya.

Selain itu, pelakon terbabit turut merancang membawa keluarganya bercuti untuk berehat dan melupakan seketika kesibukan bekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mei 2018 @ 6:03 PM