Hafiz bersama isteri Nureffy menanti kelahiran anak sulung. FOTO ROHANIS SHUKRI.
Hafiz bersama isteri Nureffy menanti kelahiran anak sulung. FOTO ROHANIS SHUKRI.
Najiy Jefri


PENYANYI popular Hafiz Suip mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki awal tahun depan.

Hafiz berkata, dia mengetahui jantina anak sulungnya itu selepas melakukan pemeriksaan dua minggu lalu.

"Alhamdulillah, usia kandungan kini sudah lima bulan. Insya-Allah, saya bakal dikurniakan anak pertama lelaki.

"Pada mulanya saya tidak mahu mengetahui jantina anak. Bagaimanapun, ketika melakukan pemeriksaan saya dan isteri ternampak jantina anak kami,"katanya.

Hafiz turut berkongsi, dia memilih nama Mohamad Riyadh untuk bayi yang bakal dilahirkan nanti.

"Saya memilih nama ini kerana ia bermaksud taman bunga yang makmur. Saya juga bercadang untuk membuka akaun Instagram peribadi untuknya nanti," katanya.

Hafiz yang terkenal menerusi lagu Awan Nano menzahirkan rasa syukur apabila isterinya tidak mengalami alahan teruk.

€œKetika isteri disahkan hamil, saya berasa mual dan berasa tidak sihat.

€œBaru-baru ini, isteri minta saya belikan kuih keria yang terkenal di Melaka. Jadi saya ke sana dan sanggup beratur untuk membelinya," katanya.

Hafiz dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah bernikah pada 14 Mei 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 6:24 PM